| INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN MALAYSIA |
||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
|
Perhimpunan Staf dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 |
|||||
Perhimpunan Staf IPG Kampus Raja Melewar telah diadakan pada 23 Ogos 2010 di Balai Ilmu yang dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam dan Moral. Perhimpunan staf dimulakan oleh pengerusi majlis dan diikuti bacaan doa oleh Haji Shairozi bin Hashim. Saudara Mazalan bin Kamarudin telah mengepalai bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Ikrar Integriti. Ustaz Malek bin Norakit, Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Moral telah menyampaikan ucapan yang antara lain menyentuh perkara berkaitan dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia. Puan Hajah Rafiah binti Daud yang menjalankan tugas Pengarah telah menyampaikan maklumat semasa dan memperkenal staf baru yang berkhidmat di IPG KRM. Lagu-lagu bertemakan Hari Kebangsaan telah berkumandang semasa Perhimpunan Staf dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 diadakan. Perhimpunan staf diakhiri dengan penyampaian hadiah Pertandingan Badminton tertutup IPG KRM yang dimenangi oleh bergu En. Mohd Zin bin Yusof dan En. Suhaimi bin Samsudin.
|
||||||
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 IPG KRM telah disempurnakan oleh Puan Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. Majlis ini dikendalikan oleh Unit Pengurusan. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 adalah seperti berikut;
Tahniah kepada semua penerima anugerah cemerlang pada tahun 2009. Muat naik pada 25 Ogos 2010 |
||||||
Penafian:- Pihak pentadbiran IPG Kampus Raja Melewar tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun laman ataupun syarikat yang dipautkan ataupun disyorkan oleh sistem ini. |
||||||